RSS

@Tajrii Spa

Mesti semua tertanya-tanya apa tu Tajrii Spa kan… Tajrii Spa ni tmpt buat treatment dr hujung rambut hingga lah hujung kaki…hari ni aku ke sana jam 10.00 am bertempat di Taman Melawati.. nak buat facial treatment.. mula-mula aku cuma nak buat rawatan resdung, bila check, kakak kat situ cakap aku tak da sangat resdung.. muka aku pun da kata ok lagi… so tergerak hati nak buat facial sbb datang jauh2 kan takkan semata-mata nak buat resdung… then resdung lak tak da la teruk pun =) tp alhamdulillah semuanya ok… aku buat facial dan dia urut badan aku sikit2… comel je tempat ni… tenang je… kalo la ada rumah cmtu balik je keje wahhh… seronok sngt.. takda lah nak pening2 pasal ofis. sebenarnya Tajrii Spa ni sponsor untuk stesen Tv ALHIJRAH.. so aku dtg kat sana jus bayar untuk apa yang aku nak je la, yang lain Hijrah dah cover =)

apa pun klo korang nak datang tempat ni alamat nyer :

349-A Lorong Sarawak
Pulapol, 53100 Kuala Lumpur,Federal Territory of Kuala Lumpur

03-4107-2234

 

nota kaki :

susah bebenar nak mencari jalan nak pegi tempat ni… asyik jumpa zoo negara je… hikhik

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 29, 2011 in Kategori

 

THE SHIP

Nak kongsi sikit tempat makan yang sangat cantik permandangannya.. aku suka tempat ni sebab ada kapal besar cam duduk kat sebuah pulau memalam..  korang nak datang, datang lah kat kampung baru.. sangat best… apa kata korang datang dan cuma rasa makanan dia.. malam tu aku jus order chic chop dan sirap bandung…aku kempunan sebenarnya malam tu nak makan chic chop  hehe.. ok lah ni gambar-gambar yang sempat kawan aku snap :

ni la makanan aku, boleh tahan la sedap dia..


nota kaki :

Berjalan dikala kesunyian =D theeeee

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 26, 2011 in Kategori

 

Oh Dunia

Serangan udara  dilepaskan ke atas wilayah Libya…. ratusan peluru kendali dilepaskan dari pesawat tempur, kapal perang, dan kapal selam Amerika Serikat, Inggeris, dan Perancis.Serangan yang dilakukan secara tiba-tiba dari jarak jauh ini memang ditujukan untuk lumpuhkan kekuatan Presiden Moamar Ghadafy.. tapi fikirlah dah beratus-ratus warga Libya yang tinggal kat Tripoli terkorban dek serangan udara tentara sekutu tersebut. Aku rasa keputusan diorang buat serangan udara sangat tidak berguna, oleh kerana Libya dianggap negara kecil, maka negara sekutu boleh bertindak sewenang-wenang macam tu je…

cuba kita bayangkan, kalo negara-negara sumber minyak dunia ni jadi sasaran perang… kompem harga minyak dunia melambung.. diorang ni buat serangan act ada agenda lain betul tak??Sepatutnya negara-negara sekutu ni pilih la cara yang beradap sikit.. sebelum ghadafi, Presiden Hosni Mubarak pun diusir.. tak da pulak  guna kekerasan…

 

nota kaki :

memula gempa dan tsunami kat Jepun, pastu Amerika dan sekutunya pulak serang Libya…haihh tak habis2 kita tengok la pulak apa jadi seterusnya..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 22, 2011 in Kategori

 

Alasan!!

Ive no idea, ilmu kurang la,tiada maklumat la,tak rasa nak buat la, tak sihat la, penat la, letih la, malas la, jauh la, nantilah, apakah ini semua? Bukan ke ini yang dinamakan ALASAN ? ahh menyampahnyer bile dengar perkataan ALASAN.. apa pendapat korang? aku rasakan cam nak sepak je orang yang selalu bagi alasan ni….setiap masa minda tu tak henti-henti memproses alasan demi alasan…bila bagi alasan ingat korang dah boleh lepas macam tu je?? ingat senang nak menunding jari macam tu je?? ingt sikit!!! nama korang tu dah jadi bualan..tsk3x ada jugakkan manusia yang selalu bagi alasan.. stakat sekali sekala ok lagi org boleh terima… tp tiap2 hari tak sampai seminggu  dah bagi alasan tipikal haihhh… tak sangka aku bab bagi alasan tu dah satu, ni haa alasan yang org selalu sebut “cliche” aduhh  lagi tak bleh blah

Antara alasan cliche/tipikal yang sering diutarakan :

Alasan Umur : saya dah tua, tak larat la nak buat.

Alasan Kesihatan : saya demam la, anak saya pon demam la..

Alasan Kepintaran : saya tak reti la suruh la orang yang pandai lagi dr saya yang buat..

Alasan Nasib : nak buat cam mana nasib saya mmg malang

okok aku faham memang tak salah nak bagi alasan… ya lah hidup kita ni semua ada alasan… kenapa kita hidup?? juga punyai alasan kan kan, tak gitu? saya juga ada alasan kenapa saya hidup kat dunia ni. TAPI, TAPI alasan yang sepatutnya mmg patut lah diberikan alasan… bukanyer alasan yang cliche/tipikl yang aku maksudkan kat atas tu… sakit hati bile dapat tahu alasan yang diberi kan itu digunapakai untuk kesenangan diri si pemakai alasan itu.. “when ppl giving their excuses, they are keeping their weaknesses plus telling other’s weaknesses”

p/s berikan dahulu alasan anda kepada Allah.. adakah Allah akan menerima alasan itu.. fikirlah syurga bukan untuk oarang yang mengelat.. jangan ikut sedap mulut kau aja ok…

nota kaki :

manusia yang biasakan diri dgn banyakkan alasan dlm setiap perkara… adalah gambaran peribadi yang tidak bertanggunjawab. seorang pemuda..jauhkanlah diri dari sifat beralasan. seorang pemudi…elakkan diri dgn sifat banyak beralasan. ia akan mendidik diri menjadi manusia yang tidak berguna untuk sesiapa pun!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 17, 2011 in Kategori

 

1,2,3 in action

TV ALHIJRAH

Bila sebut pasal dunia aku ni, itu yang best sikit nak citer walaupun tiada pengalaman sampai 2 3 tahun macam orang lain tapi aku seronok bergelar wartawan… ye wartawan muda.. sebab ape seronok jadi wartawan ni? sebab kita akan diberi layanan yang sangat istimewa mcm orang2 kenamaan la katakan.. tak caya cube la jadi reporer hihi… pastu klo nak jumpa PM ke, TPM ke mana2 artis berjadual ke mst dapat jumpa face to face tanpa ada lingkaran garisan polis hahaha then setiap kali korang keluar buat report korang mst akan dpt souvenir tak kira apa saja mst balik ofis bukan dgn tangan kosong.. dpt press kid press release pon kire souvenir gak kan..(sambil bermonolog) kau ada?? hikhik

ini sebahagian yang ada dalam tas tangan aku.. belum campur lagi yang ada kt ofis..

bile bercerita lak pasal souvenir ni tak lain tak bukan buku nota, pen, buku nota, pen tak lari la dr dpt benda alah ni… jadi kehidupan aku mmg bergelumang dengan kertas dan pen hahahaha… identiti seorang wartawan tak lari dr meninggalkan pen dan nota.. tp skrg zaman dah berubah pen dan nota tu sebahagian je tp still lg digunakan.. sekarang zaman dah canggih notebook dan hp tak pon recoder.. semua tu mst ada dlm tas tangan… ta caya try ah selongkar mana2 beg reporter hikhik..

hmm kalau nak citer lagi mmg macam-macam lagi lah.. kehidupan reporter ni tak abes mcm tu je.. banyak sebenarnya citer nyer.. tu belum sentuh lagi reporter yang berpengalaman… dr sehari ke sehari mst ada citer.. itu belum campur esok lusa dan akan datang.. lepas sorang-sorang mereka akan temui dan lepas satu, satu dugaan akan mereka tempuhi.. seronok bukan? kita akan bertemu dengan pelbagai karenah manusia dr kecik sehingga lah orang tua.. dr orang biasa sehinggalah orang atasan…

dalam dok bercerita pasal kehidupan wartawan ni, teringin jugak nak bercerita pasal senior reporter yang boleh tahan femes jugak lah.. kkdg aku bangga bile keluar dengan dia.. cam tak sangka dapat lepak dengan senior reporter yang banyak pengalaman.. dia adalah SYAHRIL A KADIR a.k.a S.A.K  walau hanya sementara dapat bekerjasama dengan dia tp aku sangat menghargai setiap detik sewaktu di TVAH bersamanya.. terima kasih sebab banyak bagi saya kenal dunia =)

handsome tak? ehehe like 100 kali…

nota kaki :

seminggu cuti, bosan gak dok rumah rindu nak keluar buat assignmnt

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 16, 2011 in Kategori

 

Haramkan botol susu?

Kerajaan  mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012…

ia semata-mata untuk keselamatan kanak-kanak..

::Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar::

credit to berita harian

kak nisa Awani bersama botolnya eh silap botol sebagai contoh kpd jurugambar Bharian hehehe

nota kaki :

hmm pasni minum susu mak je la, tak payah pakei botol2 lg klo dah semua bahaya..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 14, 2011 in Kategori

 

Berguraukah?

Apa yang cube korang tafsirkan setelah melihat karikatur ini??

Dalam fikiran anda mungkin :

::ultraman ni lari dr gelombang tsunami..

Mungkin adik-adik anda yg fanatik dengan kartun ni akan berkata :

::otomen ni kan kuat mama.. knp dia lari??

::eh kan ultraman ni ley lawan?

::takkan gelombang tsunami pon takot…

::klo dinasour besar yg ada api leh lawan.. takkn tsunami tak boleh..

::kuasa lampu kt dada dia rosak kot / dah abis beteri

itu satu tafsiran yang mungkin ye atau mungkin tidak, mana kita leh baca fikiran manusiakan lebih2 lagi budak kecik…

tp kat sini aku nk bg tau kepada yang berkenaan.. tidak senstif kah anda terhadap bencana yang menimpa negara Jepun itu.. kita sepatutnya mendoakan keselamatan mereka disana.. bayangkan kalau negara kita mcm tu then orang letak pulak karikatur Keluang man ka, Cicakman ka.. apa-apa Man lah… marah tak? Memang tak salah untuk bergurau tp agak2 la nak bergurau pon biar bertempat.. orang sana dok resah gelisah cuak semua perasaan bercampur baur… kita kat sini dok gelak2.. tak fikir ke apa persepsi negara-negara lain terhadap negara Malaysia ni.. nnt di cop pulak negara main-main nak ke?? tsk3x

pada kawan aku kt Jepun Azrin Rahim semoga berada dalam keadaan selamat…kawan-kawan semua mendoakan awak tau…(azrin san ki wo tsukete)  maksud dia.. azrin jaga diri baik-baik..

nota kaki

incik CNN x pyh la buat report kartun Ultraman Jepun kat Berita Harian…karikatur yg mmpersendakan Nabi Muhammad dlu xnk plak buat… kepada mana2 media di Malaysia tak payah layan sangat la.

 
2 Komen

Posted by di Mac 13, 2011 in Kategori

 

Kelakar

Salam guys..

Dalam dok sebok2 dok citer pasal Gempa Bumi, breaking news sana sini Jepun gempa Jepun Tsunami  China Gempa semua lah, itu ini… tetiiiba tadi aku dpt BBM dr sesorang kawan aku ni ha..nak bercerita jga.. nak sngt jadi reporter kan KATA KAU!!!.. dia anta BBM kt aku…

“AirAsia flight AK5145 Crashed at KLIA airport at 12.00pm today! Died 99, Critical Injured 43 anf survive 17. More updated news and picture

tgk la tp jngan gelak!!!

Siot tak??? naik bengang aku… dh la time tu aku dok kt majlis Datuk Ismail Sabri… nak tergelak pon ada… nk hempok dengan kerusi pon ada jugak ahahahaha ngoks ngeks betuii!!

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 12, 2011 in Kategori

 

KeKuSuTaN

Kebelakangan ini, aku kerap berfikir apakah impian aku untuk masa akan datang.. adakah aku seorang manusia yang mampu memberi senyuman dan memuaskan hati semua orang?? dan juga aku selalu berfikir apakah aku masih hidup atau sudah tiada di dunia lagi..aku terbayangkan bagaimana ibu bapa aku di kampung.. adik beradik aku dan semua orang kesayangan aku yang hampir dengan aku… aku juga sering terbayangkan kematian..aku terlalu takut dengan kematian.. aku selalu fikir dimana aku selepas itu… Oh dunia terlalu singkat sebenarnya hidup ini.. kini aku sudah 22 tahun hidup mungkin ada yang kata muda lagi tu… ada yg kata budak lagi dan ada juga yang kata panjang lagi masa tu.. banyak benda boleh buat… ye ke?? aku tak fikir mcm tu..bayangkan

10 tahun dahulu,
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu

apakah yang kita buat sehingga ada yg terasa dengan kita, gembira dengan kita, senang dengan kita atau sebagianya… sudahkah kita menjalankan tanggungjawab yg tuhan perintahkan.. aku rasa masa yg ada aku sia-siakan.. aku terlalu kejar dunia, kerja bermati-matian untuk apa?? hanya mendapatkan sesuap nasi?? kemudian habis mcm tu je??? errr Aku teringin utnuk berada di sebuah gunung yg jauh dr kediaman aku untuk melepaskan kekusutan yang tak mampu aku huraikan..terkadang berdepan dengan masalah yang tetibe menggila tapi tada lah sampai jadi gila…aku sering alpa dan mudah saja hanyut.. tp terkadang ada masanya aku tak da lah memilih untuk terus jadi hanyut… manusia dikurnakan otak untuk berfikir..jd berfikir juga… namun tertewas dek masalah.. masalah yang bertimbun-timbun…masalah yang membawa bebanan, masalah yang selalu memberi tekanan oh Tuhan… Andai kehidupan itu ruang bilik peribadi, maka masalah yang dihadapi seoalah-olah menghimpit diri ke hujung sudut dan pastinya setiap jasad akan menjadi remuk dan merenyuk.

nota kaki :

hidup perlu diteruskan cmon emmatomei NEVER EVER GIVE UP..

p/s nota tambahan :  cun tak awek bawah ni??? ahakz

 
1 Komen

Posted by di Mac 10, 2011 in Kategori

 

Salam Takziah

Aku baru sahaja dapat mesej dr kawan aku sara a.k.a rara budak UTP Universiti Teknologi Petronas berkenaan kawan yang terlibat kemalangan maut lebuh raya Simpang Pulai-Gua Musang tengah hari tadi. Takziah buat khairul hakimi budak kejuruteraan kimia meninggal dunia di tempat kejadian… manakala amin,azhar cedera ringan dan hazwan ariff pula patah peha… terkejut dengan mesej rara, segera aku col wanpai, kawan rapat hazwan untuk mengetahui perkembangan selanjutnya… betapa terkejutnya mendengar berita kemalangan itu.. Hanya tarji’ yg keluar dr mulutku…. “Innalillah” br je td aku tgk fb dia last post “Gudbye UTPian.Maafkan ku di atas segala keLipakan..azam lepas midsem,taknak lipak dah.. Balik kampung ho ho ho balik kampung.. [via Celcom SMS]”

tq rara, wanpai  kerana bg info kt aku… “jng lupa update berita selanjutnya” pesan aku pada mereka…

kemudian terus aku mendapatkan ayahanda kerana dia juga dalam perjalanan pulang dari PUTRAJAYA bersama driver dia… terus col ayah aku dan menceritakan kejadian tersebut.. kebetulan ayah aku sudah berada di balai bomba GUa Musang… dia lebih tahu berita kemalangan tersebut… dan dia terus ckp “nnt jangan balik naik kereta” Bahaya. baiklah.. Niat nk balik kelantan masih dalam pertimbangan… agak2 aku tak balik kot…

Ya Allah! aku memohon kepadaMu, tempatkan lah dia di tempat para solehin, dan ini juga peringatan agar sentiasa bersiap dengan kematian yang akan datang bila-bila masa.

nota kaki :

kakiku tidak mampu menghayun deras tatkala mendegar berita kematian rakan.. Sakit itu kaffarah dosa. Semoga dipermudahkan segala urusan Amin…

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 9, 2011 in Kategori