RSS

Monthly Archives: April 2011

alahai syeikhhh!!

Seronok tak dapat ku gambarkan melalui kata-kata tp visual telah ku jadikan medium pengantara di ruang berita malam ni jam 8.00pm di tv alhijrah segalanya tak berhenti.. ok merapu.com

aku cuma nk bag tau..hari ni aku dapat jumpa Syeikh As Sudais beb!!! gile ahh teruja nih…. sapa sangka sapa menduga.. aku pon tak sangka.. korang lg lahh.. hmm aku rasa ntah la tak tahu nk cerita… Tuhan je tahu isi hati aku.. dapat jugak aku solat berimamkan Syeikh ni.. makk aiii ramai beb nak bg tau… ramai peminat dia… ramai yang nk amik berkat dr dia sanggup datang jauh dr kl ke kuala kubu baru jauh tuuu…aku berterima kasih sangat kepada Allah kerana DIA aku diberi kesempatan bertemu Syeikh ni. aku bersyukur sangat.. agak cemburu bila tgk org dapat jumpa syeikh ni dan kebetulan pulak time aku off day… tp dgn izin tuhan aku diberi kesempatan menunaikan solat dan mendengar tazkirah beliau..

ok la td kunjungan dia aku simpulkan pakai tali tasi je la yer… ngeeee

-sampai kt DQ jam 11 pagi (excited beb) tp Syeikh ni tiba jam 2.00 petang.. hummaaaiiihh =)

-pastu ada la sikit taklimat ringkas berkenaan darul Quran.. ada translater Arab kt sebelah dok bercerita.. aku angguk2 kan je la pastu senyum… yang aku dengan 3 benda je keluar dr mulut Syeikh ni.. masyaAllah,alhijrah and assalamualaikum yang lain tu aku rasa dia puji aku kot hahahaha

-kemudian berlari ke Masjid DQ sbb Syeikh mengimamkan solat zohor, sempat ahhh solat dgn dia….

-habis je solat Syeikh ni sampaikan la salam huahahahaha salah tu dia bg  tazkirah kat semua manusia2 yang hadir hampir 500 orang  je, tak spt kt masjid wilayah…dgr kata Datuk Jamil pon stuck jammed nak pg Masjid Wilayah tu sampaikan dia naik moto org awam (tak dapat nk bayangkan) hahaha ayahanda ayahanda.

ok la ini antara wasiat /amanat yg disampaikan tetamu negara:

1) Beriman dengan al-quran dan beramal dengan isi kandungannya

2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yg disebut dalam al-Quran

3) Menggalakkan orang awam untuk mengahafaz al-quran setakat yang mampu, bukan sekadar golongan huffaz sahaja yang menghafaz

4)Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah amanah yang sangat besar untuk manusia

5)melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian

6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran

7) Menjadikan al-Quran sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah

8) Mengambil al-Quran sebagai penawar, ( Shifa’) dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat

9) Mengawasi sekeliling kita jika tidak mengamalkan al-Quran

10)Islam adalah sistem kehidupan yang merangkumi aspek ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya

  • Nasihat Syeikh kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran
  • Beliau juga berpesan kepada semua agar cuba menguasai bahasa arab bagi memahami ajaran al-Quran.
  • Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan menjadi contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran

nota kaki :

penat tidak terhingga tapi mencapai kepuasan auuwww!

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 23, 2011 in Kategori

 

PERAYAUAN?

Mungkin korang pernah dengan dan mungking tidak..Ya, itu yang menjadi persoalan aku… padahal pergi cover event ni pon still terpinga-pinga.. tp takpa.. aku budak baru belajar… aku mengaku banyak benda yang aku tak tahu dan ingin tahu… event ni anjuran suruhanjaya komunikasi SKMM.. dia punya event tentang menetapkan kadar perkhidmatan yang munasabah dengan perkhidmatan rayau iaitu panggilan roaming yang sedang menjadi tanda tanya semua… haaa roaming tu la.. aku baru dgr perkataan tuh.. apa pon thx to my super duper senior incik  Syahril sbb bagi tau aku tentang semua. dia jugak lah yang menggunakan perkataan ‘roaming’ ketika berada di luar kawasan malaysia dan menghubungi aku hehehehehe aku blur pada ketika itu!!! sbb tak pnah dgr =D ok la act pengumuman yang dibuat masa event tu bermula 1 Mei ni.. haaa bukan pada panggilan suara je malah caj perkhidmatan SMS jugak, antara kedua-dua negara. Malaysia dan Singapura sebelum ni pernah bentangkan kertas cadangan supaya perkhidmatan perayauan mudah alih kedua-dua negara diturunkan 30 peratus bagi panggilan telefon dan 50 peratus bagi SMS. So dah capai kata sepakat la… tnggu je la bulan Mei ni.

kat event tu dapat gak jumpa kawan lama yang terpisah secara tak sengaja.. tada la lama setahun je berpisah sbb semua dah bawak sijil diploma M**M masing2… hah?? wujudkah lagi? heeee ok nama dia Siti Mastura budak NTV7.. masih dengan kesengalan dia tak habis2 lagi dari kolej sampai dah keje =)

nota kaki :

horay horay hip hip horay… boss tetibe bagi BOD… baiknyer BOSS, tqsm..so dpt la cuti hari ini. sekian harap maklum…

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 21, 2011 in Kategori

 

BABY IM BACK

hahahahaha nak tergelak tgk blog aku nih… sampai bersarang aku tinggalkan.Sorry, lama jugak la aku membiarkan blog ini bersarang dan bertelur.. alamak… aku nak bercerita pun dah tada mood la… sebenarnya bila nak diceritakan masalah ni orang cakap semua manusia ada masalah.. ye la… manusia mmg tak lari dari masalah.. cuma terkadang lemah tu datang tiba-tiba bila masalah yang tak dpt difikirkan dgn mnggunakan kepala otak ni…slalu kita jumpa manusia-manusia yang perasan hebat, walhal hebat dia tu tada lah menyerlah pun… sekadar nama dan pagkat je tinggi sikit…apa ada hal dgn pangkat?? Tuhan tgk manusia sama je. amalan tu kena jaga kakak-kakak, abang-abang oiii.. terkadang manusia-manusia begini yang mengganggu ketenteraman awam…

Penampilan khas AL FARABI BAND, Dr Lutfi Ibrahim & Dato’ Dr. Maznah Hamid dalam program makan tengahari sempena hari penghargaan setiausaha De Palma Hotel

ok nk bg tau.. hari tu saya ada pergi cover hari penghargaan s/u, yang bes nyer aku tertarik tengok persembahan kumpulan ni. ::alfarabi:: sedap kan nama tu… rock islmik gnre lagu diorg… wow, tertarik untuk berkenalan. alangkah bhgianyer diorg menerima kehadiran aku di sana untuk mempromosikan lagu2 diorg. lagu2 diorg ni semua me-motivate-kan eh, ala semua ada unsur2 islam la.. klo dgr muzik dia cam muzik metalica yang rock tu la.. tp bile dgr lirik dia tu pergh!!!! unsur ketuhanan beb.. cayalah!!!

dlm pada tu aku cuba tny gak adakah alfarabi ni suatu icon islamik cmtu la lebih kurang soalan aku untuk organizer event tu. then dia jawab hmm dia akan buat AlFarabi sbg artis yang akan menghiburan event diorg. ok. act, bnyk lg nk tny tp memandangkan kesuntuntukan masa, takpe lah nantikan kemunculannya di tvalhijrah.. selamat maju jaya dalam bidang hiburan AlFarabi.

kat event tu juga aku dpt jumpa Iron Lady Datuk Maznah Hamid…

nota kaki :

hmm seronok buat news ni sbb dapat jumpa dengan pelbagai org, pelbagai karenah.. yang tak seronoknya manuia-manusia yang berlagak sombong dan hebat.. beware!

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 15, 2011 in Kategori