RSS

alahai syeikhhh!!

23 Apr

Seronok tak dapat ku gambarkan melalui kata-kata tp visual telah ku jadikan medium pengantara di ruang berita malam ni jam 8.00pm di tv alhijrah segalanya tak berhenti.. ok merapu.com

aku cuma nk bag tau..hari ni aku dapat jumpa Syeikh As Sudais beb!!! gile ahh teruja nih…. sapa sangka sapa menduga.. aku pon tak sangka.. korang lg lahh.. hmm aku rasa ntah la tak tahu nk cerita… Tuhan je tahu isi hati aku.. dapat jugak aku solat berimamkan Syeikh ni.. makk aiii ramai beb nak bg tau… ramai peminat dia… ramai yang nk amik berkat dr dia sanggup datang jauh dr kl ke kuala kubu baru jauh tuuu…aku berterima kasih sangat kepada Allah kerana DIA aku diberi kesempatan bertemu Syeikh ni. aku bersyukur sangat.. agak cemburu bila tgk org dapat jumpa syeikh ni dan kebetulan pulak time aku off day… tp dgn izin tuhan aku diberi kesempatan menunaikan solat dan mendengar tazkirah beliau..

ok la td kunjungan dia aku simpulkan pakai tali tasi je la yer… ngeeee

-sampai kt DQ jam 11 pagi (excited beb) tp Syeikh ni tiba jam 2.00 petang.. hummaaaiiihh =)

-pastu ada la sikit taklimat ringkas berkenaan darul Quran.. ada translater Arab kt sebelah dok bercerita.. aku angguk2 kan je la pastu senyum… yang aku dengan 3 benda je keluar dr mulut Syeikh ni.. masyaAllah,alhijrah and assalamualaikum yang lain tu aku rasa dia puji aku kot hahahaha

-kemudian berlari ke Masjid DQ sbb Syeikh mengimamkan solat zohor, sempat ahhh solat dgn dia….

-habis je solat Syeikh ni sampaikan la salam huahahahaha salah tu dia bg  tazkirah kat semua manusia2 yang hadir hampir 500 orang  je, tak spt kt masjid wilayah…dgr kata Datuk Jamil pon stuck jammed nak pg Masjid Wilayah tu sampaikan dia naik moto org awam (tak dapat nk bayangkan) hahaha ayahanda ayahanda.

ok la ini antara wasiat /amanat yg disampaikan tetamu negara:

1) Beriman dengan al-quran dan beramal dengan isi kandungannya

2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yg disebut dalam al-Quran

3) Menggalakkan orang awam untuk mengahafaz al-quran setakat yang mampu, bukan sekadar golongan huffaz sahaja yang menghafaz

4)Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah amanah yang sangat besar untuk manusia

5)melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian

6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran

7) Menjadikan al-Quran sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah

8) Mengambil al-Quran sebagai penawar, ( Shifa’) dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat

9) Mengawasi sekeliling kita jika tidak mengamalkan al-Quran

10)Islam adalah sistem kehidupan yang merangkumi aspek ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya

  • Nasihat Syeikh kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran
  • Beliau juga berpesan kepada semua agar cuba menguasai bahasa arab bagi memahami ajaran al-Quran.
  • Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan menjadi contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran

nota kaki :

penat tidak terhingga tapi mencapai kepuasan auuwww!

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 23, 2011 in Kategori

 

Tinggalkan komen