RSS

oh TUHAN

Ketika sedang membaca tulisan ini, cubakita renung dan fikirkan apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa? Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati. Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, “ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita? Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi) Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil. Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, “Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.” Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali. Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah! “Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” (An-Nisaa’: Ayat 27-28)

 
Tinggalkan komen

Posted by di Jun 4, 2011 in Kategori

 

freedom

menghitung setiap detik ketika masa dan waktu segalanya

Saat ini aku tengah jeles dgn krew tvalhijrah yang berada di Kota Bharu Kelantan…sabar je la.Diorg ada event di Balai Islam halamak! Kota Bharu tunggu nnt aku dtg yer…macam-macam hal lah, sebelum tu nak bg tau nih, 114.. haaa ada apa dengan nombor 114 yer? tu salah satu story yg aku nk bagi tau, itulahlah saluran tvalhijrah di ASTRO, tertunggu-tunggu jugak kan. alhamdulillah akhirnya masuk Astro.. Bangga pon ada, tercapai hasrat mereka-mereka yang bertungkus lumus segala benda.. aku pon happy gak sbb tak payah la letih nak menjawab soalan org lg “tv ape tuh?” “camne nk carik?” “kat astro tadak ka?” “tv ni cter pasal apa?” “sama mcm aljazeera ek?” hahhh!!! manyak letih wooo nak menjawab soalan tu… akhirnya soalan kerja aku tak terjawab, tak pasal2 balik ofis kena marah hihi.. tp takpa boss aku kan baik (dengan izin) opsss! errr, kembali mood jeles… aku sekarang sedang membilang hari untuk menerbangkan diri ini ohhh freedom! ke mana? tak jauh pon dekat je.. balik umah mak hehehe..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 28, 2011 in Kategori

 

c’mon

Terasa lama pulak tak update, hmm busy ker?? tak da lah sngt… malas kot opss!! ye la balik keje malam2 rasa cam letih lak nk update act banyk benda berlaku sepanjang aku tak update ni… marilah kita sedekahkan AlFatihah buat mangsa tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat (Rumah Anak-anak Yatim Madrasah Al Taqwa, Felcra Semungkis..semoga roh mereka dicucuri rahmat.. sedih sangat sebab semua kanak-kanak yang masih kecil. apakan daya tuhan lebih menyayangi merek.

Gambar yang sempat dirakamkan sebelum kejadian tanah runtuh berlaku

ok lah Aku ada misi baru nk selesaikan bye3x..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 24, 2011 in Kategori

 

Random

Panas nyer cuaca skrg ye… tak tahan lak rasa, ke hulu ke hilir aku dibuatnyer… masuk bilik tak kena, keluar bilik pon tak kena… mandi pon tak kena… hmm cuaca oh cuaca. hari ni mood aku tak berapa nak betul oleh itu nak keluar mencarikawan-kawan la yang bakal menamatkan riwayat zaman bujang mereka… uii cepat nyer beb baru 22 tahun ahahahah… abes tu nak kawen umur brape…

haa ni kawan aku yg nombor satu kawen pada umur 20 tahun, alhamdulillah selamat lahirkan seorang cahaya mata.. tahniah waed.

yang sorang ni pulak bakal menyusul minggu depan.. nak jadi bini orang dah beb.. ahahaha umur 22 tahun cayalah bakal mengikut jejak langkah waed… tahniah ecah..

ok la aku ni duk tunggu orang kawen aku bila lagi.. sabar lah nnt ada la tuu kad ke atau pape sampai kt rumah atau ofis huhuhu.. kepada kawan-kawan yang bakal menamat zaman bujang tahniah diucapkan.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 8, 2011 in Kategori

 

MY L<3VE

Hajjah Samsiah Abdullah : SELAMAT HARI IBU

::Aku lahir dari perut Mak…ye betul la… mak cakap mula-mula nak pandai bercakap perkataan MAK juga disebut…bila aku sakit MAK juga bawa pergi klinik, bila aku lapar MAK juga siapkan makanan.. bila aku ada masalah MAK juga akan bagi nasihat, bila aku menangis, merajuk.. MAK juga pujuk.. bila aku buat salah MAK juga yang marah (tanda sayang).. bila aku takut “MAKKKKKK” juga aku panggil… bila ada rahsia kat MAK juga kita berkongsi..bila nak kawen MAK juga kita rujuk.. haaa semua MAK la. Tiba lah masa untuk anak mak nk ucapkan TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANAN::

Mak sekarang anak mak dah berjaya, walaupun anak mak tak bawa balik segulung sijil diploma disebabkan tiada convo tp anak mak dah dapat pekerjaan… (maklumlah mak, kolej buat hal)  sijil nya ada je mak klo mak tak percaya…. tengok sekarang, anak mak dah pandai berdikari,dah pandai segalanya, dah pandai masak, anak mak kat sini  dah boleh hidup dan mencari hala tuju sendiri.. tapi mak….. anak mak kat sini rindu mak, rindu nak bersama mak.. rindu pelukan mak… walaupun anak mak jauh dari mak, doa anak mak ni tak pernah putus.. mak, anak mak rindukan rindu nak tengok senyum gelak ketawa mak macam dulu..  teringat sewaktu anak mak ke sekolah, mak selalu siapkan bekalan.. anak mak rindu semu itu.. walaupun mak busy dengan kerja mak mendidik anak-anak mak yang lain di sekolah, pagi-pagi lagi mak sempat siapkan bekalan untuk anak mak kat rumah.. mak rindunya…mak, maaf kan segala kesilapan anak mak tau.. orang cakap  sejuk perut ibu mengandung 9 bulan sebab ada anak yang sentiasa mendoakannya, baik, pandai menghormati org tua…bagi anak mak pula, sejuk hati sebab memiliki mak yang banyak menghabiskan masa,tenaga dan wang untuk segalanya.. yer, pengorbanan mak tu terlalu banyak sehingga kan tak terkira banyak mana, duit ptptn, anak mak boleh  bayar tp pengorbanan mak, anak mak berfikir banyak kali… ye!! tak leh nak bayar… mak, sedih hati ini bila mengenangkan mak yang berada jauh… anak mak rindukan segala kemesraan sewaktu ketika bersama mak. harapan anak mak ni agar mak sentiasa dilindungi dah dirahmati-Nya..Amin.

p/s : Ya Allah, please tell her, that i miss her so much, Tell her that i think of her at every single breath that  i take. HAPPY MOTHER’S DAY

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 5, 2011 in Kategori

 

Taste of Asia Food Court

Nama tempat ni Taste of Asia Food Court Times Square

sumpah tempat ni cantik tp agak menyusahkan orang.. sebab nak kena topup dulu sebelum beli makanan then refund duit bile dah settle makan if ada balance la.. hmm pendapat aku la, klo di khas kan untuk budak sekolah ok la, bajet mak bagi 20 henggit hari tu untuk makan.. ni untuk org bekerja cam tak sesuai je, tiap kali duit kad tu habis atau tak cukup kena topup… aiseyman… tp takpelah biarkan je la janji aku happy dan kenyang brrrrp!!! opss Alhamdulillah…


make difficult for me to buy my fav food

prick your eyes with my fork

delicious vs emmalicious

im colorful girl

nota kaki :

terimas, Nora housemate zaman kegemilangan MIIM (bagaikan hidup segan mati tak mahu) sebab sudi menemani disaat aku kebosanan..

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mei 2, 2011 in Kategori

 

alahai syeikhhh!!

Seronok tak dapat ku gambarkan melalui kata-kata tp visual telah ku jadikan medium pengantara di ruang berita malam ni jam 8.00pm di tv alhijrah segalanya tak berhenti.. ok merapu.com

aku cuma nk bag tau..hari ni aku dapat jumpa Syeikh As Sudais beb!!! gile ahh teruja nih…. sapa sangka sapa menduga.. aku pon tak sangka.. korang lg lahh.. hmm aku rasa ntah la tak tahu nk cerita… Tuhan je tahu isi hati aku.. dapat jugak aku solat berimamkan Syeikh ni.. makk aiii ramai beb nak bg tau… ramai peminat dia… ramai yang nk amik berkat dr dia sanggup datang jauh dr kl ke kuala kubu baru jauh tuuu…aku berterima kasih sangat kepada Allah kerana DIA aku diberi kesempatan bertemu Syeikh ni. aku bersyukur sangat.. agak cemburu bila tgk org dapat jumpa syeikh ni dan kebetulan pulak time aku off day… tp dgn izin tuhan aku diberi kesempatan menunaikan solat dan mendengar tazkirah beliau..

ok la td kunjungan dia aku simpulkan pakai tali tasi je la yer… ngeeee

-sampai kt DQ jam 11 pagi (excited beb) tp Syeikh ni tiba jam 2.00 petang.. hummaaaiiihh =)

-pastu ada la sikit taklimat ringkas berkenaan darul Quran.. ada translater Arab kt sebelah dok bercerita.. aku angguk2 kan je la pastu senyum… yang aku dengan 3 benda je keluar dr mulut Syeikh ni.. masyaAllah,alhijrah and assalamualaikum yang lain tu aku rasa dia puji aku kot hahahaha

-kemudian berlari ke Masjid DQ sbb Syeikh mengimamkan solat zohor, sempat ahhh solat dgn dia….

-habis je solat Syeikh ni sampaikan la salam huahahahaha salah tu dia bg  tazkirah kat semua manusia2 yang hadir hampir 500 orang  je, tak spt kt masjid wilayah…dgr kata Datuk Jamil pon stuck jammed nak pg Masjid Wilayah tu sampaikan dia naik moto org awam (tak dapat nk bayangkan) hahaha ayahanda ayahanda.

ok la ini antara wasiat /amanat yg disampaikan tetamu negara:

1) Beriman dengan al-quran dan beramal dengan isi kandungannya

2) Bersungguh-sungguh membaca al-Quran kerana amalan membaca al-Quran adalah diibaratkan suatu perniagaan yang tidak akan rugi seperti yg disebut dalam al-Quran

3) Menggalakkan orang awam untuk mengahafaz al-quran setakat yang mampu, bukan sekadar golongan huffaz sahaja yang menghafaz

4)Merenungi dan mentadabbur isi kandungan al-Quran kerana ia adalah amanah yang sangat besar untuk manusia

5)melaksanakan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian

6) Hendaklah berakhlak dengan akhlak al-Quran

7) Menjadikan al-Quran sumber rujukan untuk penyelesaian sebarang masalah

8) Mengambil al-Quran sebagai penawar, ( Shifa’) dan bukannya merujuk kepada tukang sihir yang membawa kepada khurafat

9) Mengawasi sekeliling kita jika tidak mengamalkan al-Quran

10)Islam adalah sistem kehidupan yang merangkumi aspek ibadah, muamalah, syariat dan sebagainya

  • Nasihat Syeikh kepada ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak dan memastikan ia menepati manhaj al-Quran
  • Beliau juga berpesan kepada semua agar cuba menguasai bahasa arab bagi memahami ajaran al-Quran.
  • Di akhir ucapan, beliau mendoakan agar Darul Quran menjadi sebuah pusat pengembangan ilmu al-Quran dan menjadi contoh kepada negara yang lain dalam memartabatkan al-Quran

nota kaki :

penat tidak terhingga tapi mencapai kepuasan auuwww!

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 23, 2011 in Kategori

 

PERAYAUAN?

Mungkin korang pernah dengan dan mungking tidak..Ya, itu yang menjadi persoalan aku… padahal pergi cover event ni pon still terpinga-pinga.. tp takpa.. aku budak baru belajar… aku mengaku banyak benda yang aku tak tahu dan ingin tahu… event ni anjuran suruhanjaya komunikasi SKMM.. dia punya event tentang menetapkan kadar perkhidmatan yang munasabah dengan perkhidmatan rayau iaitu panggilan roaming yang sedang menjadi tanda tanya semua… haaa roaming tu la.. aku baru dgr perkataan tuh.. apa pon thx to my super duper senior incik  Syahril sbb bagi tau aku tentang semua. dia jugak lah yang menggunakan perkataan ‘roaming’ ketika berada di luar kawasan malaysia dan menghubungi aku hehehehehe aku blur pada ketika itu!!! sbb tak pnah dgr =D ok la act pengumuman yang dibuat masa event tu bermula 1 Mei ni.. haaa bukan pada panggilan suara je malah caj perkhidmatan SMS jugak, antara kedua-dua negara. Malaysia dan Singapura sebelum ni pernah bentangkan kertas cadangan supaya perkhidmatan perayauan mudah alih kedua-dua negara diturunkan 30 peratus bagi panggilan telefon dan 50 peratus bagi SMS. So dah capai kata sepakat la… tnggu je la bulan Mei ni.

kat event tu dapat gak jumpa kawan lama yang terpisah secara tak sengaja.. tada la lama setahun je berpisah sbb semua dah bawak sijil diploma M**M masing2… hah?? wujudkah lagi? heeee ok nama dia Siti Mastura budak NTV7.. masih dengan kesengalan dia tak habis2 lagi dari kolej sampai dah keje =)

nota kaki :

horay horay hip hip horay… boss tetibe bagi BOD… baiknyer BOSS, tqsm..so dpt la cuti hari ini. sekian harap maklum…

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 21, 2011 in Kategori

 

BABY IM BACK

hahahahaha nak tergelak tgk blog aku nih… sampai bersarang aku tinggalkan.Sorry, lama jugak la aku membiarkan blog ini bersarang dan bertelur.. alamak… aku nak bercerita pun dah tada mood la… sebenarnya bila nak diceritakan masalah ni orang cakap semua manusia ada masalah.. ye la… manusia mmg tak lari dari masalah.. cuma terkadang lemah tu datang tiba-tiba bila masalah yang tak dpt difikirkan dgn mnggunakan kepala otak ni…slalu kita jumpa manusia-manusia yang perasan hebat, walhal hebat dia tu tada lah menyerlah pun… sekadar nama dan pagkat je tinggi sikit…apa ada hal dgn pangkat?? Tuhan tgk manusia sama je. amalan tu kena jaga kakak-kakak, abang-abang oiii.. terkadang manusia-manusia begini yang mengganggu ketenteraman awam…

Penampilan khas AL FARABI BAND, Dr Lutfi Ibrahim & Dato’ Dr. Maznah Hamid dalam program makan tengahari sempena hari penghargaan setiausaha De Palma Hotel

ok nk bg tau.. hari tu saya ada pergi cover hari penghargaan s/u, yang bes nyer aku tertarik tengok persembahan kumpulan ni. ::alfarabi:: sedap kan nama tu… rock islmik gnre lagu diorg… wow, tertarik untuk berkenalan. alangkah bhgianyer diorg menerima kehadiran aku di sana untuk mempromosikan lagu2 diorg. lagu2 diorg ni semua me-motivate-kan eh, ala semua ada unsur2 islam la.. klo dgr muzik dia cam muzik metalica yang rock tu la.. tp bile dgr lirik dia tu pergh!!!! unsur ketuhanan beb.. cayalah!!!

dlm pada tu aku cuba tny gak adakah alfarabi ni suatu icon islamik cmtu la lebih kurang soalan aku untuk organizer event tu. then dia jawab hmm dia akan buat AlFarabi sbg artis yang akan menghiburan event diorg. ok. act, bnyk lg nk tny tp memandangkan kesuntuntukan masa, takpe lah nantikan kemunculannya di tvalhijrah.. selamat maju jaya dalam bidang hiburan AlFarabi.

kat event tu juga aku dpt jumpa Iron Lady Datuk Maznah Hamid…

nota kaki :

hmm seronok buat news ni sbb dapat jumpa dengan pelbagai org, pelbagai karenah.. yang tak seronoknya manuia-manusia yang berlagak sombong dan hebat.. beware!

 
Tinggalkan komen

Posted by di April 15, 2011 in Kategori

 

Subak

Apa kejadah menda alah SUBAK ni… ahaa.. nak bagi tau ni.. hari ni aku keluar lepak dgn ex boss aku Syahril A Kadir… Lepak kat mana? hmm Subak tu la… Subak tu nama Restoran Bali… Cantik sangat tempat ni.. Teruja aku melihat keindahan tempat ni sunyi sepi bagaikan berada di kawasan pedalaman…ohh sronoknyer…tapi satu je yg buat aku geram je rasa cam nak gunting-gunting kepala makhluk peghisap darah ni…. NYAMUK!!! berbekas merah jugak kaki dan muka aku dibuatnya.. tapi takpelah janji perut kenyang lagi pun hari ni orang belanja…TQ Abg Syahril… =E

sumpah view tempat ni sangat cantik…

 

Getting there?

Drive along Lebuhraya Damansara-Puchong towards Puchong, with 1Utama on the left. After Ikea, keep left and turn right at the traffic lights but keep left and turn into Kampung Sungai Penchala. Go straight until you see a T-junction. Turn left and drive 500m, past some small shops and car workshops.

 

nota kaki :

dekat je dengan rumah aku.. tq abg syahril..

 

 
Tinggalkan komen

Posted by di Mac 30, 2011 in Kategori